top of page

Selamat Datang!

 

Wira Budaya adalah sebuah syarikat anak Melayu yang diasaskan oleh juara Kejohanan Silat Sedunia sebanyak tiga kali dan Juara acara Sukan S.E.A, Muhammad Imran Abdul Rahman, pada tahun 2006. Bermula dengan Sports Silat Academy, beliau kini telah melebarkan sayapnya untuk menggalakkan dan merancakkan aktiviti-aktiviti budaya Melayu terutama di peringkat sekolah-sekolah. Di bawah bimbingan dan nasihat Cikgu Aliman Hassan, program Wira Budaya telah dijalankan di lebih 150 buah sekolah sejak dimulakan pada tahun 2011. Dengan ini, Wira Budaya amat berbangga dalam menjalankan program-program untuk para pelajar khususnya dalam aktiviti pengayaan bahasa Melayu. Kami mengendalikan program yang menggalak penglibatan pelajar di samping bersifat amali. Oleh itu, kami menyediakan peralatan dan bahan pengajaran maujud bagi setiap pelajar yang mengambil bahagian dalam program kami. Semua aktiviti yang dijalankan sealiran dengan misi dan visi sekolah serta mematuhi dasar Kementerian Pendidikan (MOE).

Program & Acara

Budaya

 

Program budaya dirancang secara terperinci untuk meningkatkan nilai penghayatan para pelajar terhadap kebudayaan hidup orang Melayu melalui aktiviti adat resam, kebudayaan dan sesi amali.

Sastera

 

Program sastera merupakan salah satu cabang seni bahasa yang memberikan tumpuan khusus kepada nilai-nilai estetika dalam kesusasteraan Melayu tradisional dan moden.

Darmawisata

 

Program darmawisata memberi peluang kepada pelajar untuk secara aktif mempelajari dan mendalami pelbagai aspek kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu melalui lawatan ke tempat-tempat yang kaya dengan sejarah.

Bahasa

 

Program bahasa disediakan selaras dengan keperluan dasar pendidikan yang terkini. Ia bersifat interaktif, dilengkapi dengan aktiviti yang berpusatkan ke arah pemahaman para pelajar, dan memberi penekanan kepada pembentukan kognitif yang kreatif.

© 2015 by Wira Budaya. Proudly created with Draw7 Studio LLP

bottom of page