top of page

Program & Acara

Wira Budaya menjalankan lebih daripada 40 program bahasa dan budaya yang dapat disesuaikan mengikut citarasa, keperluan para pelajar serta bajet yang diperuntukkan oleh pihak sekolah. Program-program yang dikendalikan bukan sekadar bersifat teori, namun menggalak penglibatan para pelajar serta memupuk sikap minat dan penghayatan terhadap budaya serta bahasa ibunda.

Budaya

Program budaya dirancang secara terperinci untuk meningkatkan nilai penghayatan para pelajar terhadap kebudayaan hidup orang Melayu melalui aktiviti adat resam, kebudayaan dan sesi amali. Program-program kebudayaan yang menyemarakkan serta menggalak penghayatan terhadap budaya Melayu termasuk - Kem Upacara Raja Sehari, Bengkel Melodi (Gamelan, Angklung, Kompang dan Dikir Barat), Bengkel Bertutur dan Berdrama serta banyak lagi.

Sastera

Program sastera merupakan salah satu cabang seni bahasa yang memberikan tumpuan khusus kepada nilai-nilai estetika dalam kesusasteraan Melayu tradisional dan moden. Program sastera kendalian Wira Budaya menitk-beratkan estetika kesusasteraan pusaka Melayu seperti Bengkel Pantun, Sajak, Syair dan Puisi.

Darmawisata

Program darmawisata memberi peluang kepada pelajar untuk secara aktif mempelajari dan mendalami pelbagai aspek kehidupan dan kebudayaan masyarakat Melayu melalui lawatan ke tempat-tempat yang kaya dengan sejarah. Antara program-program darmawisata yang selari dengan matlamat pendidikan para pelajar termasuk, Darmawisata ke Kampung Glam, Geylang Serai, Sungai Singapura, Bukit Chandhu dan Fort Canning.

Bahasa

Program bahasa disediakan selaras dengan keperluan dasar pendidikan yang terkini. Ia bersifat interaktif, dilengkapi dengan aktiviti yang berpusatkan ke arah pemahaman para pelajar, dan memberi penekanan kepada pembentukan kognitif yang kreatif. Program-program bahasa Wira Budaya mementingkan penggunaan bahasa Melayu yang betul, namun pada masa yang sama, memastikan program yang dijalankan bersifat interaktif dan menarik minat para pelajar termasuk Bengkel Kewartawanan, Pengacaraan, Pidato dan Penulisan Kreatif.

© 2015 by Wira Budaya. Proudly created with Draw7 Studio LLP

bottom of page