



Wira Budaya
Profil Wira Budaya
Wira Budaya merupakan sebuah syarikat anak Melayu yang mengendalikan program-program pengayaan bagi aktiviti kebahasan, kebudayaan, kesenian dan kesusasteraan Melayu di sekolah-sekolah serta institusi-institusi pengajian tinggi semenjak tahun 2011.
Sejak penubuhannya, lebih 150 buah sekolah telah menggunakan kepakaran Wira Budaya bagi program-program pengayaan mereka sama ada dalam bahasa Melayu ataupun Inggeris.

Program-program pengayaan yang ditawarkan Wira Budaya merupakan hasil dari bimbingan dan nasihat Cikgu Aliman Hassan, mantan pendidik dan aktivitis bahasa, budaya, kesenian dan kesusasteraan Melayu yang pernah berkhidmat di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi serta Kementerian Pendidikan Singapura (MOE).
Visi
Visi Wira Budaya adalah untuk membangunkan serta mengembangkan potensi pelajar dalam bidang akademik, estetik, sosio-budaya dan keperibadian diri.
Misi
Misi Wira Budaya adalah untuk menyokong inisiatif terkini dasar pendidikan di Singapura melalui program-program pengayaan yang dapat meningkatkan kemahiran dan penguasaan bahasa Melayu berdasarkan keperluan serta kemampuan pelajar, memupuk minat pelajar terhadap budaya warisan Melayu yang merupakan antara identiti etnik rasmi dalam masyarakat majmuk Singapura, mengembangkan lagi bakat estetik pelajar serta memupuk nilai aprisiasi pelajar terhadap kesenian gerak, rupa, suara, persembahan dan permainan tradisional, di samping melestarikan budaya persuratan Melayu melalui aktiviti-aktiviti kesusasteraan.
Matlamat
Matlamat Wira Budaya adalah untuk menjadi rakan seperjuangan dalam bidang pendidikan di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi menerusi program-program pengayaan yang interaktif, kreatif dan bersepadu dengan keperluan dasar pendidikan yang terkini. Menerusi matlamat ini, Wira Budaya sentiasa berusaha untuk menyediakan aktiviti serta bahan pembelajaran dan pengajaran yang menepati keperluan pelajar dalam pelbagai tahap pembelajaran dan pendidikan serta mewujudkan suasana pembelajaran berasaskan pelajar. Wira Budaya berharap usaha yang disalurkan menerusi program-program pengayaan yang dirancang secara khusus ini dapat membangunkan pelajar sebagai generasi pelapis yang intelektual dalam bidang akademik, dan dinamik dalam melestarikan identiti kebudayaan kebangsaannya.